Saturday, July 11, 2009

Sejarah Penubuhan Tenom Radio Club (TRC)





Dari Kiri (L-R)
CC Jamari Japri, ADO Puin Pinduru,
DO Hj Faimin Kamin, ADO Premus,
En Jasnie Joe Ismail
1. Idea penubuhan TRC bermula pada pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pegawai Pengurus Pilihanraya ketika itu, Haji Faimin Kamin yang juga Pegawai Daerah Tenom telah menyewa 6 unit radio untuk digunakan oleh petugas pilihanraya. Dengan bantuan En Roger Tan ( 9W6 RT ) pancar ulang dipasang dan ternyata Penggunaan radio amat berkesan kerana maklumat terkini dapat diperolehi segera oleh urusetia walaupun dikawasan yang tidak diliputi oleh perkhidmatan telefon bimbit.

2. Pengasas TRC selain dari Hj Faimin, En Jubin Kinsil dan En Ken merupakan penggerak utama penubuhannya. Dengan mengikuti bengkel / ceramah penggunaan radio amatur oleh Pengakap kelana Tenom di keningau, minat menceburi amatur radio telah mendorong mereka untuk menduduki peperiksaan RAE.

3. Pegawai Daerah Tenom selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah, telah melihat bahawa penggunaan alat radio ini sangat membantu terutama ketika mengurus bencana banjir. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan kelulusan lesen radas dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan berjaya mendapat kelulusan untuk frekunsi Tx 143.175. Kesungguhan dan kecekepan penggunaan alat radio untuk pengurusan bencana telah mendapat perhatian YB Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri dan telah meluluskan pembelian alat pancar ulang. Untuk mengendalikan penggunaan alat radio ini dengan lebih berkesan, maka Unit Radio Jawatankuasa Bencana Alam Daerah ditubuhkan. Unit Radio ini lebih dikenali sebagai TENOM RADIO CLUB.



4. Hobi baru telah muncul dengan pengaruh yang kuat telah melanda Daerah Tenom. Ramai sukarelawan telah memohon untuk menyertai Unit Radio Jawatan Kuasa Bencana Alam Daerah. Bermula dengan TRC, ramai dikalangan ahli telah menduduki peperiksaan RAE dan telah lulus. Mereka yang lulus RAE bolehlah dianggap sebagai ahli radio amatur yang bertauliah dan boleh menyertai Kelab radio Amatur untuk berbual-bual diudara. Anda boleh menyertai kelab radio amatut tetapi jika belum lulus RAE sekurang-kurangnya lesen B, maka anda hanya boleh menyertai sebagai pendengar atau SWL.

5. TRC berkembang pesat dengan adanya sokongan dari ahli-ahli seperti En Jasni Joe Ismai, En sulaiman Ghulam, En Mat Judin Naspin, Tuan Haji Ahmad Ismail, En Fred Guggau dan ramai lagi rakan lain yang tidak sempat di sebutkan namanya.

No comments:

Post a Comment